Penderitaan manusia kerana balasan karma

 

Agama Buddha, Zen, Hindu, Jain, Sikh dan agama-agama lain dari negara Asia mempercayakan kepada hukum karma dan kitaran hidup dan mati. Hukum karma bermaksud setiap sesuatu yang manusia melakukan, sama ada yang baik atau buruk dalam tempoh hidupnya, akan dibalas dengan balasan setimpal. 

Kitaran hidup dan mati (reincarnation) bermaksud, hanya badan manusia yang akan mati dan roh tidak akan mati. Kematian bermaksud roh telah meninggalkan badannya, dan roh akan hidup selama-lamanya. Pengikut agama-agama diatas percayakan bahawa, roh orang mati akan lahir kembali ke bumi ini berulang kali sehingga semua karmanya selesai.

Apabila seseorang menderita dengan penyakit yang tidak dapat dirawat; atau apabila seseorang menderita dengan penyakit untuk tempoh masa yang panjang; atau apabila ramai ahli keluarga menderita dengan penyakit yang serupa; atau apabila seseorang atau sesebuah keluarga menderita seumur hidup; ia dipercayakan sebagai balasan karma dari kehidupan sebelumnya.

Badan manusia tidak berupaya untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Yang menggerakkan badan adalah roh, yang melakukan kebaikan dan keburukan adalah roh. Oleh itu balasan bagi kelakuan seseorang manusia akan diberikan kepada roh, sama ada dalam kehidupan yang sama atau pada kehidupan berikutnya.

Balasan dari karma lama tidak dapat ditebus atau dicuci tetapi hanya boleh mengurangkan impaknya melalui beberapa kaedah, iaitu:

1. Melalui menyesal untuk kejahatan yang telah dilakukan dan mohon maaf daripada Tuhan dan orang yang terlibat.

2. Melalui sembahyang, zikir, berpuasa dan meditasi.

3. Melalui membantu orang dalam kesusahan dan memberi makanan kepada fakir miskin.

4. Melalui berhubung rapat dengan orang-orang suci dan melawat tempat-tempat suci.

5. Melalui hidup sebagai seorang manusia yang baik dalam kehidupan ini.

6. Melalui berdoa, minta pertolongan dan mohon petunjuk daripada Tuhan.

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال