Agama

5K Panj Kakkar dalam Agama Sikh

people walking near white concrete building during daytime

5K Panj Kakkar dalam Agama Sikh. Panj Kakkar atau amalan yang lebih dikenali sebagai 5K merupakan lambang lelaki yang beragama Sikh. Panj kakkar merupakan kesh, kanga, kara, kirpan dan kachha. Ia diperkenalkan oleh guru agama Sikh yang ke 10, Guru Gobind Singh di Baisakhi Amrit Sanchar pada tahun 1699. Hari tersebut dirayakan sebagai hari Vaisakhi atau Baisakhi, pada 14 April setiap tahun oleh penganut agama Sikh.

Setiap lelaki Sikh yang mengamalkan “Panj Kakkar” dianggap sebagai pahlawan Tuhan yang ditugaskan untuk melindungi orang-orang yang lemah tanpa perbezaan agama, bangsa atau bahasa. Amanah atau amalan yang dikenalkan dan perintah dari Guru Gobind Singh telah dituruti oleh penganut agama Sikh sehingga ke hari ini.

Kesh (rambut yang tidak digunting)

Setiap lelaki yang beragama Sikh wajib mengemas, menyikat , mengikat dan melindungi rambut mereka dengan “phage” (serban). Menjaga dan menutup rambut merupakan sebuah tanda penghormatan kepada Guru dan Tuhan. Menjaga dan membersihkan rambut juga merupakan sebuah latihan kesabaran.

Oleh kerana rambut sangat penting bagi penganut agama Sikh, mereka menutupnya dengan serban demi melindunginya dari kekotoran dan kerosakan. Mereka hanya akan tanggalkan serban pada waktu tidur.

Kanga (Sikat)

Kanga merupakan sikat yang diperbuat daripada kayu. Setiap penganut agama Sikh akan menyimpan sebuah sikat berasingan untuk menyikat dan membersihkan rambut mereka; dari habuk dan kotoran. Sikat tersebut akan disimpan, dan diikat dengan serban.

Kara (Gelang di tangan kanan)

Kara merupakan gelang tangan yang diperbuat hasil campuran beberapa jenis logam. Kara dipercayai dapat mengimbangkan, emosi, minda, tekanan dan melindungi diri daripada sifat negatif dan gangguan makhluk halus. Gelang tersebut dipercayai dapat memberikan energi positif dan kekuatan kepada manusia.

Kara juga merupakan identiti khas pengikut agama Sikh dan pada masa yang sama gelang tersebut mengingatkan tuannya kepada tugasnya di dunia ini; iaitu untuk berkhidmat kepada Tuhan, Guru dan manusia-manusia lain.

Kirpan (Pisau Kecil)

Kirpan merupakan sebilah pisau kecil yang sentiasa disimpan oleh setiap lelaki dan wanita yang beragama Sikh, selepas direstui dengan air suci (Amrit) oleh 5 orang ustaz Sikh yang digelar “Panj Pyare”. Pisau tersebut biasanya sepanjang 6 dan 9 inci sahaja. Kirpan disimpan demi melindungi diri sendiri dan membantu orang lain dalam kecemasan.

Pisau tersebut dipercayai mempunyai ilmu batin dan kebolehan khas. Pisau tersebut akan mengingatkan peranan seorang penganut agama Sikh, iaitu menghormati Tuhan, Guru dan melindungi orang-orang yang lemah.

Kachha (Seluar dalam pendek)

Kachha merupakan seluar pendek yang diperbuat daripada kain kapas (cotton). Seluar tersebut melindungi bahagian pinggang sehingga ke lutut. Ia dipercayai dapat mengawal suhu badan, menguatkan otot dan urat; ia juga dipercayai dapat mengawal hawa nafsu.

Reiki Master, Healer, Acupuncturist, Writer, Thinker, Speaker, Author.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X