Manusia dan topengnya

 

Kamu bukan siapa yang kamu menganggap sebagai diri sendiri lelaki, perempuan, kaya, miskin, cantik, kacak, hodoh, cacat, sihat, bodoh, pandai, doktor, penyelidik, jurutera, peniaga, pelajar, polis, askar, guru, murid, menteri, raja, permaisuri, anak sultan, anak menteri, anak jutawan, anak miskin, rakyat, putih, hitam, tinggi, pendek dan beribu-ribu jenis topeng digunakan oleh manusia untuk menutup asalnya.

Topeng-topeng diatas hanyalah sementara; tiada yang tetap dan nyata didunia ini. Kamu bukanlah siapa yang kamu percayakan sebagai diri sendiri. Tujuan utama kehidupan ini hanyalah untuk mencari dan mengenali asal diri kamu dan pencipta kamu yang sebenar.

Janganlah membazirkan peluang keemasan yang diberikan. Gunakan kehidupan yang diberikan ini dengan bijak. Walau siapapun diri kamu, kamu tetap akan tinggalkan dunia ini. Segala-galanya yang kamu kumpulkan harus ditinggalkan. Kain kapan pun tidak akan menjadi milik kamu nanti, segala-galanya akan ditinggalkan walaupun kamu mengumpul sebanyak dunia ini.

Kaedah mengenali diri sendiri
Seorang yang ingin mengenali diri sendiri harus mempunyai minat yang mendalam. Mesti memberi komitmen seratus peratus untuk mengenali diri dan Penciptanya. Berusaha, belajar, melatih dan menunggu dengan penuh kesabaran.

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال