Apa itu pendulum (dowsing)?

 

Pendulum merupakan sebuah alat yang digunakan untuk berkomunikasi dengan alam semulajadi. Pendulum juga digelar dengan nama dowsing. Ia digunakan oleh penduduk purba Afrika sebagai sebuah alat pujaan untuk berhubung dengan alam semulajadi dan alam ghaib. Pendulum juga digunakan di India, China dan beberapa negara yang lain, untuk pelbagai kegunaan.

Bentuk pendulum (dowsing)
Pendulum diperbuat daripada rantai, benang atau tali yang dicantum dengan sebuah bebola besi atau sebuah kristal yang muncungnya tajam.

Pendulum dapat digunakan bagi pelbagai tujuan seperti:
1. Berkomunikasi dengan alam semesta.
2. Berkomunikasi dengan roh atau makhluk halus.
3. Mengimbas kewujudan makhluk halus.
4. Menjejaki manusia atau barang yang hilang.
5. Memeriksa energi manusia, rumah, perniagaan, barang, harta, dan sebagainya.
6. Digunakan sebagai medium untuk membersihkan aura manusia, binatang, rumah, barang kemas, harta, dan sebagainya.
7. Dan banyak lagi kegunaannya.

Bagaimana Pendulum berfungsi?
Pendulum digunakan sebagai alat pengantaraan diantara alam semulajadi dengan manusia. Seumpama telefon bimbit yang menghubungkan dua orang manusia. Minda manusia akan berkomunikasi dengan alam semulajadi melalui pendulum dan alam semulajadi akan menjawab melalui pergerakan pendulum.

Contohnya:
Jika seseorang ingin mengenali, jantina anak yang sedang dikandung oleh seorang ibu. Dia boleh menghala pendulum diatas perut ibu berkenaan dan tanya soalan didalam hati. Apakah jantina anak yang dikandung oleh ibu berkenaan?

Jika ibu tersebut berada dilokasi yang jauh atau jika dia tidak dapat berbuat demikian, hanya pegang pendulum diatas sebuah tempat rata dan tanya soalan didalam hati. Untuk mendapat jawapan dengan mudah dan tepat, gambar atau nama ibu tersebut boleh digunakan. Soalan yang patut ditanya akan berubah seperti dibawah

Genggam pendulum diatas gambar ibu tersebut dan tanya soalan kepada pendulum, Apakah jantina anak yang sedang dikandung oleh ibu yang berada di gambar ini? Kalau tiada gambar soalannya akan berubah sebegini. Apakah jantina anak yang sedang dikandung oleh (nama wanita berkenaan) binti (nama ibu wanita berkenaan). Kalau tidak tahu nama ibu wanita berkenaan, bayangkan muka ibu tersebut semasa tanya soalan.

Jawapan yang diberikan oleh pendulum difahamkan seperti berikut: 
Kalau pendulum pusing ke arah kiri anaknya perempuan, Kalau pendulum pusing ke arah kanan anaknya lelaki. Pendulum hanya dapat menjawab untuk soalan yang ada dua pilihan jawapan sahaja. Jadi jika anda ingin tanya sebarang soalan anda perlu memberikan dua jawapan untuk dipilih.

Jika berpusing ke arah kanan jawapannya mungkin, Positive , ya, betul, benar, tepat, akan berlaku, boleh lakukan. Jika berpusing ke arah kiri jawapannya mungkin, negative, tidak, salah, tidak tepat, tidak akan berlaku, jangan lakukannya.

Jika pendulum bergerak ke arah yang lain seperti, atas ke bawah atau kiri ke kanan, Jawapannya mungkin:

- Itu rahsia, tidak ingin menjawab
- Anda tidak harus mengetahuinya
- Soalan tidak jelas
- Jawapan tidak jelas
- Anda sudah tahu jawapannya

Jawapan yang diberikan oleh pendulum selalunya tepat kecuali hati kita dalam keadaan gelisah, curiga atau badan kita terlalu penat.

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال