Apa itu Nirvana?

 
Bahasa Bali merupakan sebuah bahasa kuno yang telah diguna pakai oleh Gautama Siddhartha Buddha. Perkataan nirvana yang berasal dari bahasa Bali, membawa maksud bebas dari segala-galanya. Mencapai nirvana bukan bermaksud mencapai sesebuah darjat atau kelayakan untuk masuk surga. Nirvana adalah sesuatu yang lebih suci dan lebih tinggi dari segala-galanya.

Gautama Siddhartha Buddha dan para guru rohani India menggunakan perkataan nirvana untuk menerangkan keadaan manusia yang bebas dan suci dari segi badan, minda, roh, dan aura. Didalam Agama Islam seseorang yang telah mencapai tahap ini digelar Aulia, Waliyullah atau Wali Allah yang membawa maksud Nur Ilahi atau Hamba Allah yang terpilih. Didalam Agama Hindu digelar Siddhar, Muni atau Rishi. Didalam Agama Kristian pula digelar Saints

Ciri-ciri orang-orang yang menghampiri tahap nirvana:
Badannya bersih tanpa sebarang kotoran makanan seperti darah, lemak, atau daging binatang. Badannya bebas dari arak, dadah, dan bahan-bahan yang memudaratkannya. Beliau hanya akan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan air yang bersih dan suci. Hatinya bersih tanpa sebarang keinginan, kehendak, cita-cita, atau permusuhan, ibarat air yang jernih. Hatinya suci seibarat bayi yang baru lahir. 

Beliau tiada akan mempunyai perasaan gembira, sedih, suka atau duka walau apa sahaja yang berlaku. Rohnya bebas tanpa sebarang ikatan karma. Beliau tidak akan melakukan sebarang dosa besar atau kecil, walau sekecil biji sawi sekali pun. Apa yang beliau lakukan hanya kerana kehendak Ilahi dan bukan atas kehendak atau kepentingan, sendiri atau orang lain.

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال