Apa itu ESP - Telepati?

 

Telepati merupakan salah sebuah ESP (Extrasensory perception) iaitu kelebihan minda yang berlainan. Istilah telepati bermaksud berhubung dengan seseorang tanpa menggunakan kaedah berkomunikasi yang biasa. Orang yang mempunyai kelebihan ini dapat mengesan atau mengetahui sesuatu yang bakal berlaku atau sesuatu yang sedang berlaku dijarak jauh dengan menggunakan gerak hatinya.

Biasanya orang yang mempunyai kelebihan ini dapat mengesan sesuatu yang baik atau buruk yang bakal berlaku. Contohnya: kelahiran, kehadiran, kebakaran, kemalangan, penyakit dan sebagainya. 

Kelebihan telepati wujud dikalangan orang-orang yang melatih, meditasi, yoga, zikir; orang yang rajin sembahyang, orang yang melakukan latihan rohani, dan sebagainya. Kawalan dan ketenangan minda merupakan asas kepada kelebihan ini. Kadang kala seseorang akan dapat kelebihan ini tanpa sebarang usaha, tetapi kelebihan tersebut hanyalah sementara dan akan hilang dalam suatu tempoh masa yang singkat.

Kegunaan kelebihan telepati
1. Berkomunikasi dengan minda bawah sedar sendiri.
2. Mengenali sesuatu yang sedang atau akan berlaku.
3. Mengetahui sesuatu keburukan yang bakal menimpa diri sendiri atau orang yang rapat dengannya.
4. Dapat melindungi diri sendiri dan orang yang disayangi.
5. Mengenali kebolehan, kelebihan, dan kelemahan diri sendiri.
6. Gerak hati akan menjadi pembantu atau petunjuk.

Bagaimana seseorang dapat mengenali sesuatu yang bakal berlaku? sedangkan ia belum berlaku secara nyata? Bagaimana seseorang dapat mengenali sesuatu yang sedang berlaku ditempat yang jauh? sedangkan dia berada ditempat lain? Adakah semua yang berlaku didunia ini sudah ditetapkan terlebih dahulu?

Jawapannya ialah: 
Seperti yang Albert Einstein berkata, dunia ini hanya wujud dimasa dan ruang. Apabila seseorang dapat mengawal mindanya dia dapat mengawal masa dan ruang (jarak) digalaksi ini.

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال