Manusia-manusia yang mudah dirasuk makhluk halus


Kebanyakan hantu, roh atau syaitan hanya akan merasuk seseorang manusia untuk memuaskan nafsunya. Jadi ia hanya akan memilih seseorang manusia yang dapat memenuhkan kehendak nafsunya. Manusia yang mudah dirasuk makhluk halus hanyalah manusia yang mempunyai tabiat-tabiat buruk seperti berikut.

1. Manusia yang bergaul bebas diantara lelaki dan perempuan tanpa batasan. bohjan, bohsia dan mat rempit dan seumpamanya.

2. Perempuan yang melacur dan pelanggannya.

3. Manusia yang menagih kepada arak, dadah, judi, rokok atau bahan-bahan yang mengkhayalkan.

4. Manusia-manusia yang mempunyai sifat-sifat yang kurang baik seperti pemalas, penakut, membohong, menipu, pengotor dan sebagainya.

5. Manusia yang tidak mempercayakan kepada Tuhan atau kuasa mutlak.

6. Manusia yang sering makan, minum atau tidur dengan keterlaluan.

7. Manusia yang makan atau minum darah binatang.

8. Manusia yang sering aktif bergerak pada waktu malam.

Apabila diri seseorang telah dirasuk makhluk halus, dia tidak dapat meninggalkan perangai buruknya dengan mudah; kerana syaitan tersebut akan mendorong dan menghasut manusia tersebut untuk memenuhkan nafsu syaitan atau makhluk berkenaan.

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال