Pengenalan kepada penyakit kencing manis (diabetes)

 

Penyakit kencing manis atau penyakit yang lebih dikenali sebagai “diabetes” merupakan sebuah penyakit yang paling popular dan digeruni dikalangan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu dan India. Lebih dari 3.5 juta rakyat malaysia disahkan menghidapi penyakit kencing manis dan angkanya terus meningkat setiap tahun. 

Jika kita mengkaji latar belakang kesihatan nenek moyang kita; akan kita faham bahawa penyakit kencing manis tidak wujud pada zaman dahulu. Apabila mengkaji buku-buku perubatan lama, penyakit kencing manis tidak dinamakan dan tiada rawatan untuk penyakit kencing manis direkodkan didalam buku-buku perubatan lama. Jika penyakit kencing manis dan rawatan untuk penyakit kencing manis tidak wujud pada zaman dahulu, adakah ini bermaksud kandungan gula didalam badan nenek moyang kita semuanya stabil dan selamat? 

Tidak! Mungkin wujud diantara mereka yang mempunyai kandungan gula yang tinggi, tetapi kandungan gula yang tinggi didalam badan tidak dianggap sebagai penyakit pada zaman dahulu. Perubatan tradisional tulen tidak menganggap kelebihan gula didalam badan sebagai sebuah penyakit. Hanya perubatan moden (allopati) menganggap kelebihan gula didalam badan sebagai sebuah gangguan kesihatan. Kini ramai pengubat tradisional mula percaya bahawa kelebihan gula didalam badan adalah sebuah penyakit kerana mereka tidak memahami perubatan mereka sendiri dan terikut langkah perubatan allopati.

Jika anda mengkaji latar belakang nenek moyang anda atau nenek moyang sanak saudara anda, tiada akan anda jumpa seorang yang dipotong kaki kerana penyakit kencing manis. Tidak akan anda jumpa seorang yang dibuang organ dalaman kerana penyakit kencing manis. Apabila nenek moyang kita semuanya hidup sihat tanpa sebarang penyakit sebab apa generasi sekarang semuanya jatuh sakit? 

Bidang perubatan moden dikatakan telah maju dan ratusan jenis ujian dan alat elektronik telah diperkenalkan. Jika bidang perubatan moden telah maju, bilangan pesakit harus berkurangan apabila dibandingkan dengan zaman dahulu. Tetapi jika dibandingkan dengan zaman dahulu, kini manusia sengsara dengan ribuan jenis penyakit, mala setiap hari bilangan penyakit dan pesakit meningkat.

Puluhan tahun dahulu hanya orang yang lanjut usia akan diganggu penyakit kencing manis; tetapi pada masa kini kanak-kanak pun dikatakan berpenyakit kencing manis. Kenapa? Dimanakah berlakunya kesilapan? Sila baca karangan-karangan lain yang berkaitan penyakit kencing manis dengan teliti dan anda akan jumpa jawapannya.

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال