Bahan-bahan yang boleh menyebabkan kanser


Kanser bukanlah terhasil daripada benda asing dari luar badan, tetapi ia terhasil daripada bahan-bahan yang kita menggunakan dalam kehidupan harian seperti makanan, minuman, kosmetik, dan bahan kegunaan harian yang lain. Apabila mengelakkan atau mengurangkan kegunaan bahan-bahan berikut ketumbuhan dapat dielakkan. Bahan-bahan yang boleh menyebabkan ketumbuhan.

1. Pewarna, pewangi dan perisa yang terkandung didalam makanan dan minuman yang dibungkus.
2. Bahan kimia yang digunakan untuk memproses bahan makanan.
3. Bahan kimia yang digunakan untuk mengawet makanan dalam bungkusan, botol dan tin.
4. Bahan kimia dan suntikan yang diberikan kepada binatang peliharaan seperti ayam, kambing dan lembu.
5. Bahan kimia yang disembur pada tumbuh-tumbuhan, pertanian, buah-buahan dan sayur-sayuran.
6. Bahan kimia yang terkandung didalam barang kegunaan harian seperti ubat gigi, sabun, syampu dan sebagainya.
7. Bahan kimia dari produk hiasan dan kecantikan seperti lipstik, make-up dan sebagainya.
8. Bahan kimia dari pewangi, minyak rambut dan sebagainya.
9. Bahan masakan yang diproses dan dirosakkan zat asalnya seperti gula pasir, garam halus, tepung gandum putih dan sebagainya.
10. Bahan kimia yang dicampur didalam bahan masakan seperti minyak masak, kicap, sos dan sebagainya.
11. Bahan kimia yang terkandung didalam ubat dan suntikan perubatan.

Apakah punca sebenar penyakit kanser?
Apabila anda membaca senarai diatas anda pasti akan bingung kerana saya telah menyenaraikan kebanyakan bahan kegunaan harian sebagai pembawa kanser. Jika anda membaca dengan teliti anda dapat bertemu suatu persamaan disenarai diatas, iaitu bahan kimia. Bahan kimialah yang mengundang kanser didalam badan manusia.

Bahan kimia masuk kedalam badan manusia melalui makanan, minuman, pernafasan atau melalui aktiviti-aktiviti lain. Bahan kimia yang masuk kedalam badan manusia, apabila gagal keluar dan terkumpul didalam badan, ia boleh menghasilkan ketumbuhan kanser.

Kaedah mengelakkan kanser
Penyakit kanser dapat dielakkan dengan mudah dengan hanya mengelakkan kegunaan bahan kimia dan mengelakkan dari makan, minum bahan yang mengandungi bahan kimia. Di zaman serba moden ini makanan dan minuman dalam bungkusan dan yang diproses tidak dapat dielakkan, tetapi ini bukan sebuah alasan untuk mengundang penyakit. Walaupun tidak dapat dielakkan, ia tetap dapat dikurangkan.

Jadilah seorang pengguna yang bijak, semasa membeli-belah baca kandungan bahan sebelum membeli, pilihlah bahan-bahan dan barang-barang yang tidak mengandungi bahan kimia atau pilihlah barang yang mengandungi bahan kimia dalam kadar yang rendah. Pilih makanan dan barang-barang yang dihasilkan secara semulajadi (natural / organic).

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال