Makhluk Halus

Makhluk halus khayalan yang menakutkan manusia

fantasy, spirit, nightmare

Makhluk halus khayalan yang menakutkan manusia. Manusia mempunyai sebuah kelebihan atau keistimewaan, iaitu kebolehan untuk menarik apa yang dia inginkan. Apabila seorang manusia kerap berfikir tentang sesuatu atau kerap menonton, mendengar, membaca atau berbual tentang sesuatu perkara; Mindanya akan menghantar pesanan berkaitan perkara tersebut ke alam semulajadi. Pada masa yang sama mindanya akan mencari perkara-perkara yang berkaitan dengan minatnya. Bukan sahaja manusia tetapi haiwan dan makhluk lain pun mempunyai kebolehan untuk menghantar dan menerima pesanan dari alam semulajadi.

Sebuah talian atau hubungan tersembunyi akan diwujudkan di antara manusia dengan perkara-perkara yang sering dia fikirkan. Apabila seseorang sering berfikir, berbual, menonton atau mendengar tentang makhluk halus. Secara tidak langsung dia akan menarik makhluk halus ke dalam kehidupannya. Seorang yang sering berfikir tentang makhluk halus akan selalu terserempak dengan makhluk halus.

Biasanya manusia akan bertemu dengan dua jenis makhluk halus; iaitu makhluk halus yang sebenar dan makhluk halus khayalan. Makhluk halus sebenar yang biasa orang terserempak ialah roh orang yang telah mati kerana penyakit, kemalangan, mati pada usia muda dan roh orang yang mati dibunuh atau mati bunuh diri. Makhluk halus khayalan merupakan sebuah rupa bentuk yang dipercayai sebagai hantu oleh dirinya sendiri. Minda orang berkenaan akan menghasilkan sebuah rupa bentuk khayalan seperti yang dipercayai oleh orang tersebut.

Katakanlah seseorang percayakan bahawa rupa hantu adalah seperti berikut; seorang perempuan muda yang cantik, bergigi taring, berbadan rapi, berpakaian serba putih dengan rambut yang panjang. Minda orang tersebut akan menghasilkan sebuah rupa seperti itu di dalam mindanya atau mewujudkan sebuah khayalan dan pengalaman seolah-olah dia terserempak dengan sebuah makhluk dengan rupa diatas.

Kebanyakan manusia hanya akan terserempak dengan makhluk halus khayalan kerana makhluk halus yang sebenar tidak akan mengganggu kehidupan seseorang manusia tanpa sebarang sebab.

Saya pernah merasakan roh dan makhluk halus berkeliaran didalam bilik saya, ketika saya berfikir, membaca atau menulis sesuatu berkaitan makhluk halus. Jika anda ingin mengelakkan gangguan makhluk halus di dalam kehidupan anda, elakkan dari berfikir, membaca, menonton atau berbual tentangnya.

Reiki Master, Healer, Acupuncturist, Writer, Thinker, Speaker, Author.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X