Apa itu Kundalini?

 

Kundalini merupakan sebuah tenaga rohani yang terpendam ditulang belakang manusia. Ia terletak di chakra muladhara dibahagian akhir tulang belakang. Mulathara bermaksud asas permulaan. Kundalini biasanya akan dikaitkan dengan ular kerana rupa bentuknya seakan seekor ular yang bergulung. Manusia tidak dapat menyedari kehadiran seekor ular sehingga ia mula bergerak, kundalini juga mempunyai sifat yang sama. Manusia tidak dapat menyedari kewujudan kundalini didalam badannya sehingga ia mula bergerak dan berfungsi dengan lancar.

Apabila manusia sedang memikir atau membaca sesuatu secara mendalam, dia dapat merasakan haba panas di chakra muladhara. Selepas ini jika anda memikirkan atau membaca tentang sesuatu secara mendalam ataupun apabila anda melakukan meditasi, zikir atau sembahyang; cuba menyentuh tulang belakang anda dengan lembut. Anda boleh merasai haba ditulang belakang yang paling bawah ataupun di ekor, disitulah kundalini terpendam.

Kadang-kadang seseorang akan mengalami sembelit atau sakit kepala apabila berfikir, berzikir, mengucap mantra untuk tempoh masa yang panjang; ataupun apabila melatih meditasi untuk tempoh masa yang panjang. Ini kerana suhu mulathara meningkat dan habanya merebak dan meningkatkan suhu badan.

Fungsi utama yoga dan meditasi adalah untuk mengaktifkan tenaga Kundalini dan menstabilkannya. Kundalini bukanlah sesebuah, silap mata, ilmu hitam, sihir, ataupun sebuah keajaiban. Kegunaan tenaga Kundalini, adalah seumpama kegunaan air dan angin bagi manusia; Tenaga ini juga akan membantu manusia dari semua aspek kehidupan. Tahap, bentuk dan potensi kundalini akan berubah mengikut potensi, latihan dan kebolehan seseorang. 

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال